Jason Mraz – Suerte (Spanish Version of ‘Lucky’)

Semalam masa tengah drive, I terdengar lagu ni kat Hitz @ Mix (x ingat which one)… I lak memang suko lagu Lucky nih, jadi bila terdengar lagu ni dalam versi bahasa lain, harus ku lagik teruja… Enjoy the VC + song <3

Jason Mraz Lucky (Suerte) feat. Ximena Sarinana

Do you hear me? I’m talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky oh my, baby I’m trying

Se que quiero cuando te vas
supe desde tiempo atras,
es que mi corazon no sabe
queres hasta volverte a ver

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Uhhhh Uhhhhh Uhhhhhh
Nadie tiene la razon
de que exista el amor
solo hay un tu y yo
la promesas de los dos
me esperaras, aqui estare
lo seeeeeeee

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Suerte que hay mas para conocer
Suerte que contigo crecere
Suerte que te tengo al volver

And so I’m sailing through the sea
To an island where we’ll meet
You’ll hear the music, feell the air
I put a flower in your hair

Todo tiene final feliz
desde que te conoci
no hay mas que las ganas
de estar y volver a empezar

Suerte que despierto junto a ti,
Suerte que senti lo que senti
suerte que regresas para mi

Suerte que hay mas para conocer
Suerte que contigo crecere
Suerte que te tengo al volver

p/s: Teringat kenangan lagu ni pada suatu masa. Will cherish that moment foreverrrr katanyaaa…

Karangan Melampau

Haaa… tak kira.. I tau mende ni dah season, tapi tetap nak share ngan korang semua. Karangan ni dipetikan dari Majalah UJANG terbitan pd tahun 1994…

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Hahahahah… kalau korang tak gelak baca karangan kat atas ni, memang lah korang ada sindrom daya melawak yang rendah. Tak lama lagi la tuuuu… lol.

Imagination, Ideas & Reality

Here are some wonderful quotes I found at my company’s Intranet. I think they are really inspiring. Just thought to share them :luv:

“Imagination is more important than knowledge, since knowledge is merely limited.. while imagination embraces the entire world.” – by Albert Einstein.

Without imagination, there won’t be much of technologies today. It all started as some imaginations and the urge to have something different.

Read more…