Ramadhan pertama tanpa Wan

Memang sangat lah sayu. Tak tergambar dan terucap dek kata-kata betapa sedihnya hati ini. Sejak kecil saya tak pernah duduk jauh dari wan, kecuali waktu matriks dan uni – itu pun bukan jauh, shah alam dan serdang aje. Even masa dah kerja pun, saya jarang-jarang buka puasa di luar sebab tak sampai hati bila kenangkan wan saya buka puasa berdua je dengan maid yang jaga dia, rasa kesian.

Siapa yang tak duduk dengan orang tua memang takkan faham apa yang saya cakap ni. Seriously. Saya selalu tengok wan saya nangis sorang-sorang. Bila ditanya kenapa, “tak ada apa” jawapan dia yang biasa. Kadang-kadang ada juga sebab dia rindu arwah atuk, kadang-kadang katanya sebab terperap je kat rumah. Sayu je saya tengok wan selalu. Kesian sangat kat dia. Saya bila hari kerja, memang balik lewat. That’s why weekend memang lah wajib bawa dia keluar. Hiburkan hati dia. Walaupun kadang-kadang tapau rojak makan dalam kereta pun dah cukup buat dia happy.

Itu yang bila bulan puasa, saya cuba sedaya upaya balik awal, nak senangkan hati dia. Then, once in a while bawa dia jalan-jalan di bazaar ramadhan. Wan ni kalau kita ajak sekali, memang tak nak. Jadi kalau korang ajak parents or orang tua keluar, and they say no mula-mula, jangan pula terus, “ok lah kalau macam tu”. Seriously, diorang perlu diajak a few times, tunjukkan bersungguh nak ajak tu. And ugut or paksa if you must haha. Mereka ni bila dah tua, rasa insecure. Kadang kala mereka rasa kita ajak-ajak ayam aje and mereka tak nak susahkan kita.

Sekarang ni, tinggal saya seorang diri. Boleh dikatakan macam sebatang kara juga lah. Semua saya lalui seorang diri sekarang. Sedih sangat, nak-nak time puasa ni. Saya rindu sangat bila wan masakkan makanan-makanan kegemaran saya, perhatian wan yang memang tak berbelah bagi pada saya, bebelan wan suruh saya mengaji dan beribadat lebih, saya pun rindu nak melayan wan pergi shopping weekly mahupun untuk persiapan raya… Ya Allah, seriously sangat rindu pada wan (Ya, saya tak pernah lupa doakan dia setiap waktu, alhamdulillah).

Ni tak masuk lagi bab raya, pastilah lagi sedih… saya doa sangat Allah beri saya kekuatan untuk lalui dugaan ni…

Hari Terakhir di Rumah ini

Setelah lebih 15 tahun aku tinggal di rumah ini bersama arwah wan sejak arwah atuk meninggal pada tahun 2002, tibalah hari terakhir aku di sini. Banyaknya memori yang telah aku dan arwah wan create bersama di sini. Susah, senang, tangis, tawa, suka, duka kami bersama. 

Aku sedar aku bukanlah cucu terbaik di dunia. Aku juga tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapi sejujurnya, aku sangat sayangkan arwah wan, yang amat sangat. Sangat. Pada aku, dialah dunia ku. 

Walaupun aku masih belum berpasangan, dan kebanyakan masanya aku luangkan bersama arwah wan, aku gembira. Kerana pada fikiranku, aku telah terima bahawa hidup aku ni tak semestinya untuk diri aku sahaja. Mungkin aku hadir dalam dunia ini untuk layan wan, senang dan gembirakan dia (walaupun tak seberapa).

p/s: Allah sahaja yang tahu betapa lonely nya Najwa sekarang. Najwa rindu kasih sayang dan perhatian wan… sekarang ni, sejak wan pergi, tak ada siapa yang ambil berat terhadap Najwa lagi wan… al-Fatihah untuk wan ku sayang…

One Difficult Week

Thanks to some “kind” souls, I’ve been put in a very difficult situation especially for this one week period. I will never ever forget this moment. Allah saja yang tahu perasaan sedih dan tekanan yang terpaksa saya lalui ini. Dugaan Allah…

Just a reminder for myself, and maybe to anyone too, please lah jangan aniaya kaum keluarga sendiri hanya kerana nak diikutkan perasaan benci, atau diikutkan hati kita yang tak berapa nak bersih ni. Dan perlu diingat, kamu juga ada anak cucu… jadi apa yang kamu buat pada orang lain hari ni, tak mustahil akan tuhan balas pada mereka suatu hari nanti. 

Ingatlah, Allah tidak tidur. Dia maha melihat dan maha mengetahui.