Hari Terakhir di Rumah ini

Setelah lebih 15 tahun aku tinggal di rumah ini bersama arwah wan sejak arwah atuk meninggal pada tahun 2002, tibalah hari terakhir aku di sini. Banyaknya memori yang telah aku dan arwah wan create bersama di sini. Susah, senang, tangis, tawa, suka, duka kami bersama. 

Aku sedar aku bukanlah cucu terbaik di dunia. Aku juga tak dapat lari dari melakukan kesilapan. Tapi sejujurnya, aku sangat sayangkan arwah wan, yang amat sangat. Sangat. Pada aku, dialah dunia ku. 

Walaupun aku masih belum berpasangan, dan kebanyakan masanya aku luangkan bersama arwah wan, aku gembira. Kerana pada fikiranku, aku telah terima bahawa hidup aku ni tak semestinya untuk diri aku sahaja. Mungkin aku hadir dalam dunia ini untuk layan wan, senang dan gembirakan dia (walaupun tak seberapa).

p/s: Allah sahaja yang tahu betapa lonely nya Najwa sekarang. Najwa rindu kasih sayang dan perhatian wan… sekarang ni, sejak wan pergi, tak ada siapa yang ambil berat terhadap Najwa lagi wan… al-Fatihah untuk wan ku sayang…

Categories: Thoughts

 

 

Please Leave a Reply

If you don't have anything nice to say, pretty please don't go on and ruin my day. I'd appreciate your kindness very much. Thank you :)