Luxury Noraebang at Hongdae

Monthsss before going to Seoul, this is one of the place that I really wanted to go! Hehehe~ Siapa tak suka karoks kan? But of course, there’re other special reasons yang membuatkan I nak pergi ke sini. Siapa tengok Wild Bunny and Dream High tau lah kot, hihi :P Thankfully geng2 sangat sporting untuk joining in sekali! Went with geng noraebang sejati = Soleha, As, Ida & Faiz. Masa ni Aisyah & Imah pun ada joining in sekali :D

Memang kena dengan namanya, the place is really luxurious..! The rate is in fact very reasonable for me – bilik besar, selesa, etc – you’ll see what I mean on the following pictures~! Rate siang dan malam lain, dan mengikut jenis bilik jugak. And unlike kat Red Box, the charge is per room, not per person, which I think is very fair! Sebab kadang2 tak semua nyanyi sama rata kan? Some even tak nyanyi pun, just seronok joining in sekali je ;D


The place is open 24 hours for heaven sake! But we went siang, so the rate is cheaper – 15,000 won per hour, sebab bilik besar sikit. The price range are from 10,000 – 36,000 won per hour. At first, ingat nak guna bilik yang 2PM pernah guna masa shoot Wild Bunny, tapi since a bit mahal (20,000 won per hour) + I sorang je yang die hard fan 2PM yang suka bagi nafkah kat orang lain XD… maka we went for the normal room, hehe.

The staffs there are very very friendly! They’ve also been helpful and kind enough to answer all my stupid fangirl questions XD The best part is, lepas je kitorang register, rasa glamour seketika sebab we were asked for a group photo and signatures! LOL. Here are the picture taken, merasa la perasan jadi artis kejap, ehehe…

Seems like many idols have paid their visit here! Who wouldn’t want to noraebang at a nice place like this right? (Even kat Everysing yang berbilik kecik pun rate lebih kurang sama dengan kat sini yang berbilik besar…!). Buktinya, there’s a what you can call ‘wall of fame’ gambar2 selebriti2 yang pernah ke sini, near the entrance of this place ;)

The staff there said the room we were using was the room used by Woo & IU for Dream High… hmmm… tapi macam lain je :/ But oh well, tak kisah la. Yang penting masa ni, nak lepas gian berkaroks segala lagu our Idols (kat Malaysia jangan harap la nak dapat nyanyi banyak lagu Korea as much as kat sini kan?), and have fun as much as possible…!

Kat bilik karoks dia siap ada tambourine dengan apatah yang goncang2 macam peha ayam tu /iz phailed lol. So memang seronok sangat! Even kalau tak nyanyi pun, boleh jadi penyumbang alat muzik latar tambahan sekali, keukeukeu~

Besar kan bilik dia? Hiasan pun cantik. Siap ada wall decoration bagai lagi, haha. Tengok la set sofa dia pun… rasa macam pergi rumah Dato’ mana lak, lol.

Ha, kalau korang Hottest, cer teka kitorang nyanyi lagu apa kat atas ni? :P Beriya cari lagu2 2PM nak dinyanyikan, sampai ambik gambar pun tak sempat nak tengok kamera, hehe ^^ Thankfully juga I ada basic Korean, boleh la baca hangul, so takde lah terlalu seksa nak mencari lagu, and boleh sing-along kat skrin sebab tak hafal lirik :D It was really fun!

Masa ni juga lah dapat ilham another use of bilik karaoke selain untuk menyanyi = sembahyang! Hahaha. Since Korea bukan negara Islam, agak sangat amat susah nak cari tempat solat. Kena la pandai2 cari tempat! Since bilik dia besar, 2-3 orang sekali solat, hehe. Ikutkan, semua tujuh2 nak solat berjemaah sekali pun boleh, lol.

Bilik air dia pun sangat luxurious. Kat luar tempat cuci tangan siap ada sofa and karpet, tapi tak lah ambil gambar. Macam pelik, jakun dan sakai melampau pulak nak bergambar sakan dalam bilik air, lol.

Last but not least, way to get here. It’s pretty easy. If you haven’t know already, every place in Seoul is really easy to reach through subway. So, to get to Luxury Noraebang, just take the Line 2 subway to Hongik University, and go out through Exit 5 ;)

Nampak macam jauh? Tak pun! Plus, korang tak rasa pun jauh, sebab boleh termenyinggah tengok2 macam2 jenis kedai yang ada sepanjang jalan ^^

Categories: Travel

 

 

Please Leave a Reply

If you don't have anything nice to say, pretty please don't go on and ruin my day. I'd appreciate your kindness very much. Thank you :)